Monday 5 September 2016

Kuih Peneram Sedap


As salam mualaikum,

Kuih tradisional Melayu yang berasal dari sebelah utara Malaysia. Inilah Kuih Peneram yang diberi nama, kuih yang cukup popular di kalangan 'orang lama' dan terus menjadi kegemaran generasi kini.

Tepung beras dan gula merah, menjadi bahan utama menghasilkan kuih peneram ini. Bahan2 yang mudah didapati, namun membuat kuih peneram yang elok gebu didalamnya dan rangup diluarnya, tidaklah mudah.

Teknik menguli yang betul dan campuran tepung yang betul, adalah kunci utama bagi menghasilkan kuih peneram yang sedap dan tahan lama kelembutannya.






Campuran gula merah dan sedikit gula putih juga, memainkan peranan utama dalam memberikan rasa manis yang secukupnya bagi kuih peneram ini.

Adunan juga mesti di'rehat'kan selama beberapa jam, agar gula sebati dengan tepung dan menghasilkan doh yang mudah dibentuk dan tidak masuk minyak setelah digoreng.

Bagi yang ingin mencuba kuih peneram ini...sila lah hubungi/sms/whatsapp: 
Ery 012 342 7692 atau Zul 012 431 4832 untuk keterangan lanjut.

Kami juga sedia menerima tempahan bagi majlis2 kenduri kahwin, jamuan keraian, hari jadi, kenduri doa selamat dan jualan borong untuk peruncit2 kuih raya.

Insya Allah, pasti menyelerakan dan memuaskan hati peminat kuih peneram ni. 





Resepi Kuih Peneram yang sangat sedap.

2 kampit tepung beras (Total 1 kg)
2 Cawan Gula putih
3 Cawan Gula Merah
Air
Daun Pandan

Cara-caranya.

Air dan santan jadikan 3 cawan cecair dan dimasak dengan gula merah dan putih, dan daun pandan sehingga mendidih.

Ketika sedang mendidih, curahkan ke dalam adunan tepung beras dan kacau dengan senduk kayu sehingga sebati. Adunan akan menjadi cair dan bila diangkat dengan senduk, ianya seakan bertali-tali.

Bila adunan sudah sejuk, ulilah dengan tangan setiap 2 jam. Kemudian perap semalaman dan adunan akan kembang.

Bentukkan adunan bulat2 dan lubangkan tengahnya dan masukkan ke dalam minyak supaya adunan tidak kembang balik setelah dibentuk.

Setelah siap dibentuk, goreng dengan minyak yang banyak dan benar2 panas.
Setelah masa, bolehlah diangkat dan ditoskan lebihan minyaknya.

Kuih Peneram anda siap untuk dihidangkan.

Selamat Mencuba.

Semoga resepi ini bermanfaat. Bagi yang telah mencuba berkali2 tapi tidak berjaya, jangan putus asa, cuba lagi, InsyaAllah jadi. Bagi yang tiada kesempatan untuk membuat sendiri kuih ini, bolehlah dapatkan daripada kami dengan harga yang cukup murah.

InsyaAllah, sangat berbalui dengan rasa kuih peneram yang sangat sedap dan cukup puas hati.


Ery & Zul
Pembekal
Kuih Peneram Sedap
Suci & Halal

Bagi yang ingin mencuba kuih peneram ini...sila lah hubungi/sms/whatsapp: 
Ery 012 342 7692 atau Zul 012 431 4832 untuk keterangan lanjut.





   


3 comments:

  1. Salam. Saya Amir dari iluminasi.com. Saya ingin memohon keizinan tuan untuk berkongsi info tentang kuih peneram dalam artikel ini.

    Resepi tidak akan diambil. Namun, kredit dan link kepada resepi tuan telah diberikan.

    Tuan boleh melihat artikel tersebut di sini: https://iluminasi.com/bm/resepi-kuih-peneram-gebu-di-dalam-dan-rangup-di-luar.html

    Jika tuan mahu saya membuang kandungan yang diambil, boleh hubungi saya dengan kadar segera di amirwrites_271@yahoo.com.

    Maklumbalas dari pihak tuan adalah amat dihargai :)

    ReplyDelete
  2. Azhan: org kelate panggil kuih deerghee

    ReplyDelete
  3. Dlm cara2 ada santan. Tapi dlm bahan tak da santan. Santan guna bnyak mn

    ReplyDelete