Thursday 10 October 2019

KUIH PENERAM TRADISIONAL SEDAP

Kuih Peneram Sedap


Dibuat daripada bahan2 yang halal, suci dan bersih.  Kualiti kuih peneram banyak bergantung kepada jenis gula merah yang digunakan.  


Tips memilih gula merah yang terbaik:

Cairkan gula merah dalam periuk dengan sedikit air.  Biarkan mendidih.  Jika gula tersebut berbuih naik dgn pantas seperti seakan melimpahi periuk, itu tandanya gula merah tu elok.  Kuih peneramnya nanti akan elok naiknya.

Ni gambar kuih peneram yang elok naiknya.



Kuih peneram ni rangup luar dan dalam.  Lihat dalamnya pun berongga.



Besarnya pun just nice.  Cukup saiz untuk dinikmati.  Lihat bahagian luarnya kembang elok.


Kembang elok luarnya.


Sedia untuk dihidangkan.


Sesiapa yang berminat untuk mendapatkan kuih peneram tradisional yang original ni?

Bolehlah hubungi nombor ni: 

012 431 4832

010 281 5465



Ni ada packaging terbaru product ni.



Tempah sekarang yea !!!

Harga sangat berpatutan:

12 Biji RM 3.50 (peket plastik )
50 Biji  RM 15.00 ( Balang plastik spt dlm gambar di atas)







Monday 5 September 2016

Kuih Peneram Sedap


As salam mualaikum,

Kuih tradisional Melayu yang berasal dari sebelah utara Malaysia. Inilah Kuih Peneram yang diberi nama, kuih yang cukup popular di kalangan 'orang lama' dan terus menjadi kegemaran generasi kini.

Tepung beras dan gula merah, menjadi bahan utama menghasilkan kuih peneram ini. Bahan2 yang mudah didapati, namun membuat kuih peneram yang elok gebu didalamnya dan rangup diluarnya, tidaklah mudah.

Teknik menguli yang betul dan campuran tepung yang betul, adalah kunci utama bagi menghasilkan kuih peneram yang sedap dan tahan lama kelembutannya.






Campuran gula merah dan sedikit gula putih juga, memainkan peranan utama dalam memberikan rasa manis yang secukupnya bagi kuih peneram ini.

Adunan juga mesti di'rehat'kan selama beberapa jam, agar gula sebati dengan tepung dan menghasilkan doh yang mudah dibentuk dan tidak masuk minyak setelah digoreng.

Bagi yang ingin mencuba kuih peneram ini...sila lah hubungi/sms/whatsapp: 
Ery 012 342 7692 atau Zul 012 431 4832 untuk keterangan lanjut.

Kami juga sedia menerima tempahan bagi majlis2 kenduri kahwin, jamuan keraian, hari jadi, kenduri doa selamat dan jualan borong untuk peruncit2 kuih raya.

Insya Allah, pasti menyelerakan dan memuaskan hati peminat kuih peneram ni. 





Resepi Kuih Peneram yang sangat sedap.

2 kampit tepung beras (Total 1 kg)
2 Cawan Gula putih
3 Cawan Gula Merah
Air
Daun Pandan

Cara-caranya.

Air dan santan jadikan 3 cawan cecair dan dimasak dengan gula merah dan putih, dan daun pandan sehingga mendidih.

Ketika sedang mendidih, curahkan ke dalam adunan tepung beras dan kacau dengan senduk kayu sehingga sebati. Adunan akan menjadi cair dan bila diangkat dengan senduk, ianya seakan bertali-tali.

Bila adunan sudah sejuk, ulilah dengan tangan setiap 2 jam. Kemudian perap semalaman dan adunan akan kembang.

Bentukkan adunan bulat2 dan lubangkan tengahnya dan masukkan ke dalam minyak supaya adunan tidak kembang balik setelah dibentuk.

Setelah siap dibentuk, goreng dengan minyak yang banyak dan benar2 panas.
Setelah masa, bolehlah diangkat dan ditoskan lebihan minyaknya.

Kuih Peneram anda siap untuk dihidangkan.

Selamat Mencuba.

Semoga resepi ini bermanfaat. Bagi yang telah mencuba berkali2 tapi tidak berjaya, jangan putus asa, cuba lagi, InsyaAllah jadi. Bagi yang tiada kesempatan untuk membuat sendiri kuih ini, bolehlah dapatkan daripada kami dengan harga yang cukup murah.

InsyaAllah, sangat berbalui dengan rasa kuih peneram yang sangat sedap dan cukup puas hati.


Ery & Zul
Pembekal
Kuih Peneram Sedap
Suci & Halal

Bagi yang ingin mencuba kuih peneram ini...sila lah hubungi/sms/whatsapp: 
Ery 012 342 7692 atau Zul 012 431 4832 untuk keterangan lanjut.